Berikut adalah pesanan-pesanan yang berguna buat wanita sebagai
isteri, yang berkaitan dengan hal bersulit-sulit dengan suaminya. Ianya
dikumpulkan dari punca lisan dan pembacaan:
1. Bertenang Ketika Memulakan Jima
Apabila suami mahu menusukkan zakarnya kedalam faraj isteri,
bertenanglah dan sama-samalah dengan suami membaca Bismillah.Ketenangan
ini penting bagi penghayatan rasa, dan InsyaAllahisteri akan merasa
lebih nikmat dan mudah mencapai kepuasan.Rasulullah s. a. w. sendiri
berpesan kepada isteri-isterinya agar bertenang ketika itu. Menurut
riwayat Al-Khatib danUmmu Salmah, Rasulullah menutup kepalanya, dan
membisikkankepada isterinya engkau dengan tenang.
2. Menghisap Lidah Tanda Menyerah Sepenuhnya
Dari riwayat Abu Daud: Sesungguhnya Rasulullah s. a. w. ada mencium Siti
Aisyah serta menghisap lisannya (lidahnya). Bukan saja menghisap lidah
itu sunat dilakukan ketika berlangsungnya jimak kerana mengikut cara
Rasulullah s. a. w., ia juga akan membantu suami agar tahan jimak dan
menghebatkan kenikmatan pada wanita kerana bersatunya nafas,
kenikmatanyang dirasa itu berganda hebatnya berbanding jika tidak
dilakukan hisapan lidah, malah ia juga adalah tanda bahawa isteri
menyerahkan jiwanya dan raganya untuk dijima oleh suaminya. Untuk
melakukan ini eloklah isteri menjaga kebersihan mulutnya, begitu jugalah
bagi pihak suami.
3. Paling Selesa Berada Di Bawah
Posisi jimak yang terbaik ialah suami berada di atas isteri dalam
keadaan terlangkup sedang isteri pula terlentang di bawah suami bagaikan
hamparan. Sebuah hadis ada menyebut ertinya: “Anak itu milik yang
menjadi hamparan (wanita)”. Posisi inilah yang paling merehatkan isteri,
dan membolehkan isteri menumpukan perhatian kepada rasa kenikmatan.
Sekiranya alat kelamin suami itu besar pun, posisi inilah yang terbaik
bagi menampungnya, kerana peha boleh dihamparkan selebar mungkin.
4. Seburuk-buruk Kedudukan Berjima
Posisi jima yang dianggap paling buruk dan segi kesihatan ialah keadaan
dimana isteri berada di atas suami sementara suaminya juga baring
terlentang. Dengan posisi ini suami akan memasukkan zakarnya dari arah
punggung isterinya. Dan segi kesihatan ini dianggap bahaya kerana mani
tidak boleh keluar habis dan boleh menyebabkan kerosakan alat kelamin
dan boleh mengakibatkan suami mati pucuk.
5. Cara Mendapat Anak
Ada petua yang mengatakan bahawa untuk membolehkan isteri mudah hamil,
sebelum jima perlulah digeletek dahulu (dirangsang) purananya
(kelentit). Dari sudut seksologi moden, perkara ini dianggap karut dan
tiada kena mengena dengan kehamilan. Penulis juga bersetuju dengan
pendapat moden ini, dan berpendapat bahawa rangsangan purana itu lebih
bermakna sekiranya suami mahu membangkitkan keghairahan yang tinggi pada
isterinya dan salah satu dari jalan memuaskan isteri, dan dari segi
anak, cara itu lebih memungkinkan isteri mendapat anak lelaki.
6. Jima Yang Puas Mengawet Wajah
Menurut Mantak Chia dalam Taoist Secnets of Healing, banyak bukti yang
menunjukkan kaitan antara aktiviti seksual yang harmoni dan awet muda.
Seks yang mesra membangkitkan pengeluaran hormon yang bemutu tinggi.
Kehadiran hormon-hormon ini di dalam darah impaknya melambatkan proses
menjadi tua. Jika diperhatikan, wanita yang berkahwin adalah lebih
berseri-seri rupanya berbanding dengan wanita yang umurnya serupa tetapi
belum berkahwin. Pada pendapat penulis, inilah tanda bahawa
wanita-wanita yang berkahwin rasa puas dalam berkongsi cinta, dan
jiwanya rasa terisi, gembira dan tenang.
7. Mengemut Ketika Buang Air Kecil
Bila buang air kecil, kemutkan faraj agar air kencing tertahan, kemudian
lepaskan, ulangi 10 kali sekurang-kurangnya dengan pantas.Dalam masa
yang sama, tarik otot-otot perut. Ini menolong mengawal pundi-pundi
kencing yang lemah, menguatkan otot-otot kemaluan dan mempertingkatkan
tenaga jima.
8. Menyusukan Anak Menyempitkan Faraj
Menurut Dr. Edwin Flatto, terdapat hubungan fisiologikal antara payudara
dan otot-otot faraj. Wanita yang menyusukan anak bukan saja kurang
kemungkinan diserang barah buah dada dan barah rahim, tetapi setiap kali
dia menyusukan anak dengan payudaranya, otot faraj akan menguncup. Ini
menolong otot faraj untuk kembali mengecil dan tegang seperti sebelum
melahirkan.
No comments:
Post a Comment